Saturday, April 10, 2010

Hibernate Mode..

Pedih....Murung....
Tiada rasa mahu tembak menembak...
Walau en.nikonian diusung setiap hari n setiap masa..
Rasa mahu retired...Tak mahu kerja n tak mahu lagi pikul tanggungjawab..
Rasa mahu berlari terus hilang di hujung dunia...
Tapi sayang bila gembira itu datang sekejap2.....
Tapi benci bila sedih itu yang selalunya ada......








Nota tekanan: Kau harus tahu apa yang aku belajar dari hidup orang yang bmanis2 mulut ini selalu tidak langsung pikir tanggungjawabnya...orang yang selalu kelat di muka lah yang selalu tanggung semua tanggungjawab orang yang bmanis2 muka ini...Dan tanggungjawab orang2 kelat di muka bertambah bila ada kutukan2 di belakang yang mengatakan dia tidak sebaik orang yang bermanis2 mulut...Damn!Itu yang aku rasa sekarang..

Monday, April 5, 2010

~~2nd Hot Air Balloon~~

Ku keciwa pergi time nih..Hari khamis..Bila sudah rasa angin dah tak sepoi2 bahasa n mahu hujan hati dah dapat agak macam tak naik..Tapi lepas nampak diaorang kembangkan 2 balloon macam ada harapan..Namun lepas tu diaorang bagitau balloon tak boleh naik sebab cuaca tak mengizinkan..iskh2 sadis..1st hot air balloon pergi bateri kamera kong so dapat tengok aja la..yang ni pun dapat tangkap gambar balloon sikit aja..hurm...takpa la try 3rd hot air balloon plak...Selamat mencuba la untuk diri sendiri..lalalalala























Wednesday, March 31, 2010

Video from Yayasan Kimia Petroleum to Badak & Wahid!=)

Solemnization of Azmir&Wahidah:13hbMac 2010 @ Ipoh Perak






Wedding of Azmir&Wahidah:14hb Mac 2010 @ Parit Buntar Perak

Friday, March 26, 2010

Momen 14hb Mac 2010 : Berpicnic di pagi hari di tepi pantai Feringgi

Dengan bangganya semua bangun di awal pagi untuk berpicnic di tepi pantai.Girls siapkn breakfast roti tuna+roti nutella n air teh O..Rahmat dengan baiknya pi beli nasi lemak.Dari semalam lagi dah set time kul 9 lebih mesti siap2 mandi sebab takut lambat nak check out dan seterusnya pi Parit Buntar sebab Syak n Pura adalah pengapit of the day Badak n Wahed..


So kul 8 semua terus turun pantai..Sangat best ok picnic tepi pantai...kekekeke...Pura + Mira telah membeli senjata paling best semalam malam..Bubbles Pistol!Yeay..hehe...Sangat memeriahkan suasana..So main2 n mandi2...Hood ada bagitau yang dia rasa macam ada obor2..Kitaorg macam tak endahkan apa hood cakap..Then aku tanya diah sudah pukul berapa..Diah cakap kul 9.15pagi..So aku suruh semua naik..Naik aja pakcik cleaner habaq mai kat aku : Hangpa tau dak kat pantai tu ada jellyfish?Takut sat lagi kena aja jellyfish tu bahaya..Sat lagi kena sengat memang kena tenguih pi klinik..haha...ternganga aku time tuh...Nasib la semua dah puas berendam n tak kena apa2...Kang ada yang kena pi hospital kang..Iskh2..Masa jalan pulang ke apartment masing2 baru nampak signboard BEWARE OF JELLYFISH..haha...Patut la takda org mandi kat situ dari semalam..wawawa..Nasib semua tak apa2..Alhamdulillah..


So on time sampai apartment semua siap2..Aku mandi dulu so aku siap dulu..Nasib la ternampak kotak hadiah Badak kat atas sofa..Dah la tak tulis apa2 lagi kat kad..So aku merepek2 aja tulis atas itu kad..Tapi bila tengok balik touching siot!badak dah kawin!wawawa...Plan kul 10 lebih mesti dah check out takut lambat jem..Tapi biasa la ramai yang nak bersiap so kul 11 la keluar..Time tu dah risau dah takut terlambat..hehe..Semua pun dah plan nak pecut..Takpa kami mempunyai pemandu2 yang amat cepat n cermat!=))



















Momen 13hb Mac 2010 : Menikmati makan malam tepi pantai & suasana malam Batu Feringgi




















Masing2 sudah kelihatan mengantuk & lesu tapi tahan..Bertahan2 janji menang!huhu...Mana tak nya dari hari jumaat menginjak ke sabtu pagi buta sampai la ke tengah malam sabtu tak tidur ma!Aku lagi selamba hari khamis tidur pukul 2-3 pagi pastu terus tak tidur sampai la di saat ini...hehe..Bak kata Syak:Jumpa member2 tak tidur pun tak apa..Ya betul!Masa ni la nak tahan mata n enjoy sehabis baik dengan sahabat2..Kan?=)

Tapi kul 12 tengah malam serius aku dah tak stabil gila dah..haha...Tak dapat dah nak menikmati malam Batu Feringgi yang happening gila..Semua terkejut pergh Batu Feringgi macam ni ka?Macam Bali @ Kuta Island pn ada..Foreigner ramai gila!Banyak nya gila aku...kehkehkeh..Tu namanya dah gila teruja..Tengok ada gila lagi..hehehehe..Dapat jalan kat pasar malam yang panjang tu pun sikit aja...Serius rasa rugi gila tak jalan sampai hujung..Lagi banyak lampu2 yang cantik2..Wawawawa...Takpa la lain kali Rahmat,hang bawak kami semua mai sini lagi na?=)
Powered By Blogger